CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 10, 2013

TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN


Tatkala mendapat tahu yang diri ini hamil, satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dirasai,  betul ke ni, mengandung ke aku ni? :) Selagi tak nampak double line pada strip ujian kehamilan, hati masih was-was, sesudah membuat ujian, hati masih tertanya-tanya, elok ke strip ni, ke silap ni..  Ada x sesiapa yang merasai situasi yang sama?? :) 

Ada orang yang subur, mudah 'lekat' sebulan dua selepas majlis mempelai. apa orang kata, bunting pelamin? Alhamdulillah :)  ada juga yang menunggu seketika dan ada yang kurang bernasib baik masih mencuba sehingga kini tetapi belum dikurniakan rezeki.. Walau apapun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Allah Maha Mengetahui..

Yang dah dikurniakan rezeki, bersyukurlah dan jagalah amanah Allah ini dengan sebaik-baiknya..

Secara umumnya, kehamilan akan menyebabkan perubahan kepada paras hormon estrogen, progesteron dan beta human chorionic gonadotrophin (B-hcG), perubahan-perubahan ini akan mempengaruhi keadaan tubuh badan si ibu..

Kepada bakal-bakal ibu yang masih was-was, cuba tengok ada tak tanda-tanda ini :)

1) Emosi tidak menentu
    Emosi wanita di awal kehamilan biasanya tidak menentu. Mood boleh berubah mendadak, emosional, sedih, gembira bercampur baur. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan hormon di awal kehamilan

2) Perubahan pada warna sekitar payudara
    Kawasan areolar @ sekitar payudara lazimnya menjadi lebih gelap apabila kehamilan menjangkau usia beberapa minggu

3) Tidak bermaya
     Lemah, tidak bertenaga dan letih sepanjang masa di awal kehamilan adalah biasa kerana perubahan hormon yang berlaku.

4) Payu dara sakit
    Keadaannya sama seperti semasa datang haid di mana payu dara lebih sensitif kepada sentuhan. Rasa sakit ini akan semakin berkurangan setelah tubuh menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang berlaku.

5) Loya dan muntah-muntah (morning sickness)
    Dipercayai berpunca daripada perubahan hormon progesterone dan juga beta hcg (BACA LANJUT)

6) Sembelit
    Keadaan yang berpunca daripada peningkatan hormon progesteron yang melambatkan proses penghadaman

7) Sakit kepala
    Sakit kepala di awal kehamilan lazimnya disebabkan oleh peningkatan peredaran darah dalam tubuh akibat perubahan hormon yang berlaku

8) Suhu badan tinggi
    Anda demam?  biasanya suhu badan pada waktu pagi akan meningkat dan konsisten selama beberapa hari 

9) Semakin sensitif terhadap sesuatu benda
    Lumrah bagi wanita hamil apabila mengalami keadaan dimana sesuatu yang disukai dulu tidak disukai kini dan sebaliknya. Deria bau wanita hamil akan lebih sensitif dan sesetengah bau akan menyebabkan rasa loya dan muntah 


ANDA ADA TANDA-TANDA INI?? 

APA TUNGGU LAGI? hehehe

 
   

Saturday, April 27, 2013

Kata orang tua2, benar @ kebetulan? :-)

Orang tua2 selalunya banyak pantang kan.. kalau anak dara tu x boleh nyanyi kat dapur, nanti dapat suami tua, x boleh duk kat bendul nanti lmbt kawen. Orang pregnant pun ada tau, x boleh lalu bwh ampaian nanti susah bersalin, pakai tudung x boleh lilit leher, nanti anak terbelit tali pusat...Haaa..mcm2 lagi ada..tapi betul ke ek? Atau mitos semata2? Ehe...ada sesiapa yg ada pengalaman?
Kalau masa mengandung, mommy suka makan coklat, baby lam perut tu baby girl..betul ke??  Masa saya pregnant anak first mmg hampir tiap2 hari makan Cadbury nyer coklat tu.. mmg anak first sy gegurl..pregnant kali ni xnak mkn coklat, asyik mkn mangga.. org kata baby boy..ye ke? Tungguuuu...:-)
Apa pengalaman mommies kt luar sana??  Kongsi nak? Hehe...

Monday, April 22, 2013

Hello mommies :-)

Assalamualaikum..salam sejahtera..salam satu Malaysia... Hai mommies semua..apa khabar? :) tgh buat apa tu..hehe..opss..kpd mommy 2 be..apa khabar? Muntah2 lg? Penat? Sama la kite :) tp ummuauni is getting better :) hopefully get better & better.. Ummuauni skrg 13wks+, my second child..anak first nk msk 3 thn bulan 6 ni, gegurl :) excited jugak nk tgk cane la muka ank second ni, ehe.. Masa ank first kan, mcm2 yg ummuauni xtau, ye la..anak pertama..tp since nk dpt second baby ni, lebih bersemangat nak jd BETTER, SUPER MOM..hehe.. Byk knowledge nk kena amik tau ni.. Tp kalau blajar sorang2, x best sgt..so ummuauni bukak plak blog ni, leh berkongsi2 info dgn mommies out there kan..i like :) i luv writing n blogging :) tp part time basis je la, sbb bz ng keje, huhuhu.. Teringin jugak nak menulis novel ke cerekarama ke, tp x pandai plak, hahaha.. Pape je lah, yg penting ENJOY :) Laughter is indeed the best medicine ever..betul ke? *wink**wink* adios..